Thursday 10 May 2012

KitA TabiK kAT MAt SAjA..


Assalamualaikum w.b.t. hari nie aka masa terluang nak post something kat blog yang dah lama berhabuk nie. Haha..al-maklumlah sibuk sesaje..(“ bukan sibuk sgt pon, malas lebeh”)
tadi ak bru je habis serve makanan kat kawan2 di surau.dengar la sikit ape yang disampaikan oleh wakil timbalan mufti. Ada yang cakap, ceramah hari nie kurang skit. Tak kesah lah. Lain orang lain pikiran. Lupakan pekara nie.hahha

nie la ahli panel2 yang terlibat.....semua A+..
hari nie aku nak sembang skit tentang apa yang diperkatakan tentang pendukung perubahan pemikiran atau minda. Sebelum nie aku ade la tgok video debat antara tokoh2 pemimpin negara dalam wacana perdana. Semua mereka adalah insan2 yang berpendidikan tinggi, berkarisma, berpendirian dan yang lain2 pya A+ satatus la kat depa. Apa yang buat aku tertarik ialah berkenaan dengan segala hujah yang depa ulaskan. Depa semua cakap serupa air.smooth and steady. Tip top.
Tapi nie bukannya yang aku nak cakapkn. Yang ak nak bincangkan ialah bagaimana mereka ini membawa perubahan dalam minda masyarakat hari ini. Aku cukup kagum dengan Yb Dato’ saifuddin Abdullah yang merupakan ahli panel dalam debat 2. Kenal dak sapa saifudin Abdullah nie? Dia merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi la nie. Pendirian dia nie kalau aku tengok tak serupa lalang. 2 yang ak tabik kat dia. Dia open minded.

anda yang rebah..kami dak lagi..
Pemimpin macam nie la yang kita nak. Walaupun kita berlainan ideology, tapi tak semestinya kita menutup pintu kebenaran. Perubahan minda nie yang patut ada kat kita terutama aku la..jangan terlalu kolot sangat sehingga kita tertinggal kat belakang. Bila kau tengok dia cakap dia bagi banyak peluang kat orang ramai nak argue dia. Bila orang dah argue, dia relax ja. Apa yang dia cakap berbeza dengan pendapat sesetengah bos2 dia. Nie yang ak respect. Sebab 2 dia nie agak kurang disukai oleh sesetengah dalam group dia. Apapun dia mendokong perubahan pemikiran baru. Cakap yang hak tentang demokrasi, human right, cleanliness dan macam2 lagi la. Akhir kata aku tabik kat dia walaupun kita lain “pangkah”.

......berubah sekarang, jangan tunggu esok........

Thursday 3 May 2012

LaGU YaNG CAntIK....

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya
Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya
Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

nice view.....

back 2 nature

taw tak lirik ape???

hahhaha...

ni lagu aizat...SUNGAI LUI...best lagu nie...lirik yang bwak maksud beribu makna...

....hargailah keindahan ini, jika tiadanya maka tiada makna....

Thursday 23 February 2012

sekularisme.



Dah lama rasanya tak post entry baru dalam blog nie…hahah….nak kata busy…x da la sangat…..Cuma semakinj hari semakin lemah kot…hahha…hari nie aku nak berkongsi  sedikit mengenai bahaya sekularisme kepada kita.
nie la bapa sekular yang dah tumbangkan empayar
uthmaniyah.
Apa yang kita paham tentang sekularisme nie? Pernah dengar, tapi x tahu makna dan kesan-kesan sekularisme nie. Selalu kalau dengar sekularisme nie tentu ada terdetik dalam fikiran kita. Owhh…nie kerajaan Turki. Bukan ada dekat tempat kita..hahha…nie merupakan satu tanggapan yang boleh dikira sebagai songsang. Ya, memang benar Turki dahulu merupakan kerajaan sekularisme. Sapa yang tidak kenal bapa pemodenan turki. Mustafa Kamal al-Tartuk.. Dalam sejarah keruntuhan tamadun Islam, dialah yang bertanggungjawab dalam menghancurkan system khalifah yang diwarisi umat Islam semenjak Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
Baiklah, apa yang dimaksudkan dengan sekularisme nie?? Perkataan sekularisme berasal daripada bahasa latin yang bererti tiada agama atau duniawi, yang bermaksud perkara-perkara yang hanya melibatkan hal-hal dunia sahaja. Pemahaman ini tidak akan sesekali mengambil kepentingan hal –hal akhirat samada dalam urusan politik, ekonomi , social dan sebagainya. Bagi mereka, tiada perkaitan antara soal di dunia dan di akhirat. Pemisahan kedua-dua komponen yang penting ini telah membawa kepada kepincangan dalam kehidupan masyarakat hari ini.
pilih yang mana???
Jalan kebenaran itu pastinya ada.
Dalam sejarah, pemahaman ini menyelinap masuk semasa era penjajahan negara-negara barat ke dalam negara-negara timur yang umum mengetahui kebanyakan negara-negara timur merupakan dibawah pengaruh Islam. Siapa yang tidak mengetahui misi 3G,( gold, glory and gospel) yang merujuk kepada penguasaan kepada kekayaan, kebanggaan dan misi dakyah. Dan dari sini lah bermulanya pengaruh sekularisme dalam peradapan orang melayu Islam setelah penjajahan portugis ke atas Tanah Melayu. Portugis pada ketika itu merupakan salah satu negara imperalis yang besar selain dari sepanyol dan perancis. Keadaan penjajahan keatas negara-negara islam di timur menjadi semakin rancak setelah tercetusnya revolusi perindustrian ( industial revolution) dan disini peranan yang dimainkan oleh Inggeris dalam menakluki Tanah Melayu ketika itu setelah Tanah Melayu di kuasai oleh Portugis dan Holland. Misi mereka dalam menjahanamkan orang-orang Islam di lihat berjaya setelah melihat kondisi masyarakat pada hari ini baik dalam kalangan para pemimpin dan rakyat jelata. Sebenarnya penjajah-penjajah barat mengetahui bahawa amat sukar untuk mereka memesongkan akidah umat Islam jika mahu mengikut mereka meninggalkan Islam. Oleh itu wujud perancangan yang sangat licik dalam memesongkan akidah umat Islam melalui ideology-ideologi keparat ini. Dan semakin malang apabila orang Islam menerima pengaruh sekularisme ini dalam keadaan tidak sedar ( unconscious). Bersambung post yang akan datang….terima kasih…

Saturday 15 October 2011

JuAl NEgArA????UnTUNg KA???

Apa dia jual Negara nie…….???x kan Negara boleh kena jual???kalau kena jual berapa plak harga dia.. Mustahil la….
kami maw IC.....
Hari nie jual negara x perlu kepada harga kawan-kawan….x ada pon sebut harga dlm order list….tp jual negara kat orang asing…apa nie..mana value kamu yang sibuk dok bangga dengan slogan-slogan sayang kan negara, setiap tahun slogan dok tukaq-tukaq….kamu letak priority diri kamu dan  puak kamu dan tak pernah fikir bencana yang akan datang…??? Ahhh…kalau kamu dan puak kamu ja yang terjejas x pa la…nie semua kena la….pikir la skit….jangan heran la lepas nie klu yang mana kerja di kilang2 mat indon ngan mat bangla jadi HQ,supervisor dan orang tempatan jadi balaci depa…dan jangan heran la lepas nie ada mat bangla yang sambung master or phd kat university…hhaha..dan jangan terkejut beruk la…bila kita Tanya..kamu bangla, macam mana boleh belajar tinggi???dia jawab selambe je….macha…kita Malaysia juga maa, kamu melayu, saya bangla, kita 1 malaysia maa…haaahh…ya kita negara multiracial…ya betul negara nie bukan untuk melayu je…tp cukup2 la 2…da byk kaum sgt da kat negara nie….kamu nak tambah buat apa lagi….survival diri kamu dan puak kamu….malu la….cukup-cukup la penuh kan kocek kamu....kamu bukan x taw berapa ramai orang malaysia asli yang menggangur kat negara sendiri..kamu sangat2 tahu...kamu kata ja peluang terbuka luas...graduan boleh cebur mana-mana bidang yang disukai....itu semua PEMBOHONG belaka...moral kat sini....sayang negara lebih dr sayang kocek sendiri....

Friday 14 October 2011

MEnCaRI GoL YaNG TUmpUL...

makan pon dah x lalu...
semangat berkobar.
muka x nampak hampa...dalam hati....????
hari nie aku berpeluang menyaksikan perlawanan bola antara negeri kesayangan ku menentang selangor...macam-macam ada....untuk sekian kalinya stadium penuh orang.....memang semangat nak tgok perak dapat kejar selangor...al maklumlah...mgu lepas kena belasah 3 bijik....bila tgok stadium penuh rasa semangat la...yakin perak boleh menang....tp apa kesudahan dia...game menghampakan....bila tgok game dia huuuuuuhhh.....kecewa....sampai bila la mutu permainan bola sepak negara kita nak berkualiti.....banyak dana dah bagi tp mcm 2 jgk mutu dia.......- INSAN HAMPA-

Thursday 13 October 2011

KaPiTaLIsmE.


Kapitalisme adalah fahaman yang berkaitan dengan ekonomi. Ia mempunyai cara berhubung dengan masyarakat dan politik berdasarkan kepada milik perseorangan. Kebiasaannya, seseorang itu adalah pemilik tunggal pada apa yang diusahakan olehnya manakala orang lain pula tindak berhak ke atas hartanya. Pemilik harta mempunyai hak memiliki jalan bagi mendapatkan sesuatu melalui cara yang boleh mendapatkannya. Cara-caranya adalah mendorong perasaan pentingkan diri dengan alasan ke arah kemajuan dari segi ekonomi. Mereka mengadakan beberapa peraturan yang diberi tugas kepada negara.
Dasar-dasar Kapitalisme
Ciri-ciri fahaman kapitalis ini adalah:

- Milik perseorangan pada sumber-sunber yang mendatangkan hasil seperti tanah, modal dan barang-barang. Kebiasaannya, seseorang itu bukan sahaja memiliki pakaian, alat-alat rumah, kenderaan dan binatang ternakan bahkan dia memiliki semua sumber yang menjadi keperluan orang ramai.

- Kebebasan bekerja dan menggunakan segala kekayaan yang ada bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Pengikut fahaman ini menganggap sifat ini menjadi pendorong yang kuat dan penting bagi mencapai kejayaan dalam ekonomi dan peluang meningkatkan pekerjaan dan pendapatan.

- Perlumbaan antara pemilik dengan pesaing apabila berlaku saingan mengeluarkan barang-barang dan menentukan harga. Masing-masing mahu barang-barangnya laris mendapat sambutan.
- Membahagikan kelas dalam masyarakat. Pemilik berada dalam satu golongan manakala pekerja dan pengguna dalam golongan lain. Golongan yang pertama mentadbirkan urusan yang menjadi miliknya dengan memikul beban untung dan rugi. Manakala golongan yang kedua tidak mempunyai hubungan untung dan rugi tetapi lebih bermotif mendapat ganjaran dan kemudahan.

- Berusaha untuk maju dan meningkat. Golongan ini cuba mengurangkan kos tetapi dapat meningkatkan pengeluaran bagi mencapai keuntungan yang lebih besar. Mereka tidak mengira cara sama ada mencari alat-alat murah atau pekerja yang dapat dibayar murah dengan tujuan memperbanyakkan pelanggan melalui pelbagai cara.

- Kerajaan tidak boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi tetapi kuasanya adalah mengawal suasana bebas dan mewujudkan keadaan yang memberi kebebasan kepada rakyat memiliki harta melakukan kegiatan ekonomi


Sejarah dan tokoh
Fahaman ini muncul di negara-negara Eropah sejak pemerintahan Rom. Pemerintah mewujudkan golongan feudal dan golongan agama yang membawa ajaran bagi kepentingan peribadi. Bermula dengan memisahkan agama dengan dunia, mereka kemudian membebaskan diri daripada golongan feudal (bangsawan) lalu melahirkan golongan burjuwis (hartawan dari kalangan menengah). Daripada golongan ini, lahir golongan Kapitalis yang berlumba mencari kekayaan sehingga pandangan bebas bermula pada awal kurun ke-16 secara berperingkat. Seruan pertama adalah membebaskan diri daripada belenggu agama. Seruan kemudian adalah pembebasan melalui ajaran nasionalis (kebangsaan) dengan membebaskan bangsa masing-masing. Akhirnya berlaku kebebasan dalam bidang tabri termasuk dalam kegiatan ekonomi.
Pengasasnya terdiri daripada ahli-ahli falsafah bukan Islam dan antaranya tidak percaya kepada Tuhan. Ada juga yang bermusuh dengan agama. Walaupun ada yang mendakwa beragama namun agamanya bukan Islam malah bermusuh dengan Islam. Antara tokoh-tokoh fahaman ini adalah Adam Smith, David Ricardo, Jean Baptise Say, John Stunt Mill, David Hume dan lain-lain.

Perbandingan kapitalisme dan Islam.
Terdapat keburukan yang nyata daripada fahaman Kapitalis. Sebahagian daripadanya dapat dilihat dan sebahagian daripadanya masih tersembunyi. Akhirnya mereka mendesak pemimpin-pemimpin supaya membuat pindaan.
Antara keburukannya adalah:
- Kapitalis adalah ciptaan manusia yang bersifat lemah. Kedudukannya sama seperti ideologi-ideologi lain yang dicipta oleh manusia. Ia jauh daripada ajaran Allah yang bertujuan menjaga hak sesama manusia. Oleh itu terang dan nyata ianya bercanggah dengan Islam.
- Matlamatnya semata-mata mencari keuntungan walaupun dengan cara yang haram seperti membolehkan riba, judi, import ekspori arak, pengedaran dadah dan sebagainya.
- Menyalahgunakan sifat ananiah (individualistik) yang ada dalam diri manusia. Adakala sifat mementingkan diri perlu dalam kehidupan manusia. Namun, golongan kapitalis menyalahgunakan sifat ini bagi mengaut keuntungan peribadi sehingga berlaku penyalahgunaan kuasa dan penindasan ke atas orang-orang yang lemah. Bagi golongan kapitalis, perlumbaan mencari keuntungan adalah untuk diri masing-masing bukannya memberi jalan kepada orang lain. Akhirnya berlaku tabiat menyorok barang keperluan, penyeludupan, penipuan dan sebagainya.
- Keruntuhan akhlak dalam segala bidang sama ada politik, ekonomi dan hubungan anggota masyarakat. Apabila hilang batas-batas halal dan haram, ia menghilangkan batas-batas yang mengimbangkan antara kepentingan peribadi dan kepentingan masyarakat.
- Pengangguran meningkat dalam masyarakat kapitalis. Apabila banyaknya pengeluaran sehingga melebihi keperluan, para majikan merasakan tidak perlu kepada pekerja yang ramai bagi melipatgandakan keuntungan.
- Pembaziran berleluasa apabila menggunakan segala kemewahan. Kemewahan yang ada adalah untuk peribadi bukannya untuk golongan yang berhajat. Sekiranya pengeluaran produk melebihi keperluan, lebihan produk dilupuskan daripada memberi kepada orang lain.
- Kemuncak daripada fahaman kapitalisme adalah lahirnya semangat penjajahan ekonomi ke atas negara-negara miskin. Negara-negara kapitalis berusaha memonopoli bahan-bahan mentah dan aset tunai lalu menekan negara-negara miskin sehingga mereka terpaksa mengikut telunjuk kehendak negara-negara kapitalis.
- Perhambaan bentuk baru ke atas buruh, petani dan nelayan-nelayan. Golongan kapitalis berkuasa menentukan harga dan memeras keringat golongan ini supaya mengikut segala kemahuan mereka. Mereka memutarbelitkan bayaran, harga, tidak memberi jaminan yang munasabah dan sebagainya.
- Perang dunia yang berlaku pada zaman moden ini adalah kemuncak pertarungan negara-negara kapitalis. Antara motif utama adalah memonopoli minyak.
- Tidak ada istilah berkat dalam kekuasaan dan kemewahan mereka. Apa yang dicapai tidak akan memberi kebahagian di dunia dan akhirat. Perkara ini menjadi kegelisahan orang-orang yang berkuasa dan kaya kapitalis. Oleh itu, fahaman Kapitalisme bercanggah dengan fahaman orang yang beriman kepada Allah dan rasulnya.
hidup akan lebih indah jika adil dalam pengurusan ekonomi.

Sumber ini dirujuk dr kuliyah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Tuesday 11 October 2011

MeNGimbAU KenAGan SiLAm...

mber2 uia waktu orentasi

nie dlu-dlu....

ak ngan faiz kat KLIA...saja jln2 tgok kapal terbang....
Lama sangat dah x sentuh blog nie…..hehhe…bru ingat ari 2 ad ade nak ckp ttg sekularisme….tp rasa mcm mlas la nak taip…sebut pasal sekularisme nie complicated sgt….hahha…len kali la…tgh dok usha2 fb kawan lama teringat plak zaman waktu kat uia……hahhaha….teringat kat chub, halom, acong, syafiz, Marwan, ghuf ,blog, aizat n byk lg la….mmg kenangan manis2 belaka….mlm2 mesyuarat tingkap….hahhaha..men ps . ….yg paling syok edy *******…..tempat mengilap bakat…bila ada quiz math mula la x tidoq..masuk klas statistic kira nak tidoq ja..tyme presentation english mula la kaki bergetaq ..hahha..teringat tyme 2,3 mgu sebelum pindah maktab…ramai yang tya sebab apa nak p maktab???x rugi ka pindah.??.buang masa lebih setahun…??da nak dekat abes foundation nie???soalan mcm nie mmg la adat bila kita nak pindah mana2….tp yang ak nak bawak kat sini…pasai apa ak pindah???kalau nak diikutkan life in uia lg syok compare kat maktab nie….lebih free, no rules, kurang pressure, esemen pon x serabut ...senang crita mmg syok la untuk belajar….hahha…..tp bila pikir2 blek..bru ak taw masing2 ada kelebihan……hajat di hati memang ak x brapa mnt nak jd pendidik nie….tp bila da lama2 bru la mula rasa mnt nak jd cikgu….2 yang orang kata manusia nie berkehendakan….tp kehendak 2 boleh berubah bila-bila ja….tp x pa, cita2 dlu masih x terpadam….orang putih kata apa???killing 2 birds with one stone…hahha….my dream!!!i’ll come towards u soon…..hahaha….

Thursday 6 October 2011

JaNGan SaMPai JaTUh Tersungkur.....

da lama rasa x post.....heheh.....ok2...hari nie klas agak menarik sb byk input yang diterima terutamnya dr Ust Asad ngan En Ahmad.....bila dlm klas Ust As'ad td wujud perbincangan tentang hudud....tajuk menarik nie.pasai la nie isu nie la yang paling HOT!!....hahah...rasa mcm nak tulis sikit la pandangan tentang hudud nie.....kalu kita tengok makna hudud nie dalam bahasa bermaksud mencegah, atau menyekat di antara dua perkara atau ia juga membawa maksud halangan, dr kata jamak HAD...kalu kita p kepada istilah plak apa dia hudud nie??? hudud nie ialah suatu hukuman tertentu terhadap perbuatan jahat. yakni suatu bentuk hukuman keseksaan yang mana bentuk dan kadarnya telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan syara, dan ia MESTILAH dilaksanakan untuk menjaga Hak ALLAH S.W.T  dan kepentingan masyarakat awam....baik, dekat sini kita dah paham yang hudud 2 MESTI dilaksanakan keatas negara yang mengakui negara Islam. sebelum 2 kita tengok dulu konsep hukum jenayah dalam Islam...apa yang Islam gariskan sebagai panduan dalam hukum jenayah nie???baik..sebahagian konsep jenayah dalam Islam meliputi aspek-aspek yang berikut:
1. menjaga nyawa dan keharmonian jiwa manusia.
2.menjaga kewarasan akal
3. menjaga agama
4.menjaga keturunan dan zuriat
5.menjaga harta benda.

lepas 2 kita tengok pulak tujuan hukum jenayah...ap objektif penetapan hukum jenayah nie..
1. hukuman jenayah yang ditetapkan dalam Islam bertujuan untuk membasmi dan mencegah kerosakan..baik pada diri, agama, bangsa, atau negara...
2. untuk membawa pengajaran yang setimpal dan tujuan kebaikan dan kemaslahatan.
3.Islam mensyariatkan hukuman jenayah yang bertujuan untuk mencegah, dan memberi pengajaran serta peringatan kepada penjenayah yang dikenakan hukuman supaya tidak mengulangi buat kali seterusnya.
4. hukuman jenayah yang ditetapkan juga adalah untuk menakutkan manusia supaya tidak melakukan kemusnahan dan penderhakaan kepada Allah.
5. untuk mengahpuskan dosa penjenayah dan melepaskan mereka daripada azab yang lebih pedih di akhirat nanti.

baik...makna kata disini Islam 2 da cukup lengkap sampai dekat kita baik dr muamalat, undang- undang dan lain2 lagi la....tp yang ak heran sangat...kenapa terdapat segelitir puak yang x maw hukum Islam nie...ya memang betul dalam perlembagaan kita ada percanggahan dalam soal nie....tp yang dibawa Isu nie oleh orang NON-MUSLIM....yang ada setengah puak melayu x maw terima pasai apa???? kalau ikut Sheikh Yusuf Qadharawi hukum hudud nie terletak pada perkara yang teratas setelah negara Islam 2 lengkap dr seluruh aspek baik dr akidah, ekonomi dan lain-lain...pendapat nie sama la dengan pendapat Ust As'ad ckp kat kelas...yang nak di perkatakan kat sini, dalam konteks negara kita nie....orang yang nak menjalankan hukuman 2 ada yang nak buat...tp ad yang menghalang..hampa rasa apa pendapat hampa....macam nie la ak bg contoh, kiat naik basikal...basikal 2 elok molek...nak p kelas nie....tgok luaran basikal 2 buleh kayuh laju..tp basikal 2 kena kunci dengan orang jahat....boleh paham x???hahha....itu ja la pandangan ak....next post pandangan tentang sekularisme plak....byk input yg En Ahmad bg td...