Thursday 10 May 2012

KitA TabiK kAT MAt SAjA..


Assalamualaikum w.b.t. hari nie aka masa terluang nak post something kat blog yang dah lama berhabuk nie. Haha..al-maklumlah sibuk sesaje..(“ bukan sibuk sgt pon, malas lebeh”)
tadi ak bru je habis serve makanan kat kawan2 di surau.dengar la sikit ape yang disampaikan oleh wakil timbalan mufti. Ada yang cakap, ceramah hari nie kurang skit. Tak kesah lah. Lain orang lain pikiran. Lupakan pekara nie.hahha

nie la ahli panel2 yang terlibat.....semua A+..
hari nie aku nak sembang skit tentang apa yang diperkatakan tentang pendukung perubahan pemikiran atau minda. Sebelum nie aku ade la tgok video debat antara tokoh2 pemimpin negara dalam wacana perdana. Semua mereka adalah insan2 yang berpendidikan tinggi, berkarisma, berpendirian dan yang lain2 pya A+ satatus la kat depa. Apa yang buat aku tertarik ialah berkenaan dengan segala hujah yang depa ulaskan. Depa semua cakap serupa air.smooth and steady. Tip top.
Tapi nie bukannya yang aku nak cakapkn. Yang ak nak bincangkan ialah bagaimana mereka ini membawa perubahan dalam minda masyarakat hari ini. Aku cukup kagum dengan Yb Dato’ saifuddin Abdullah yang merupakan ahli panel dalam debat 2. Kenal dak sapa saifudin Abdullah nie? Dia merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi la nie. Pendirian dia nie kalau aku tengok tak serupa lalang. 2 yang ak tabik kat dia. Dia open minded.

anda yang rebah..kami dak lagi..
Pemimpin macam nie la yang kita nak. Walaupun kita berlainan ideology, tapi tak semestinya kita menutup pintu kebenaran. Perubahan minda nie yang patut ada kat kita terutama aku la..jangan terlalu kolot sangat sehingga kita tertinggal kat belakang. Bila kau tengok dia cakap dia bagi banyak peluang kat orang ramai nak argue dia. Bila orang dah argue, dia relax ja. Apa yang dia cakap berbeza dengan pendapat sesetengah bos2 dia. Nie yang ak respect. Sebab 2 dia nie agak kurang disukai oleh sesetengah dalam group dia. Apapun dia mendokong perubahan pemikiran baru. Cakap yang hak tentang demokrasi, human right, cleanliness dan macam2 lagi la. Akhir kata aku tabik kat dia walaupun kita lain “pangkah”.

......berubah sekarang, jangan tunggu esok........

Thursday 3 May 2012

LaGU YaNG CAntIK....

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya
Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya
Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

nice view.....

back 2 nature

taw tak lirik ape???

hahhaha...

ni lagu aizat...SUNGAI LUI...best lagu nie...lirik yang bwak maksud beribu makna...

....hargailah keindahan ini, jika tiadanya maka tiada makna....

Thursday 23 February 2012

sekularisme.



Dah lama rasanya tak post entry baru dalam blog nie…hahah….nak kata busy…x da la sangat…..Cuma semakinj hari semakin lemah kot…hahha…hari nie aku nak berkongsi  sedikit mengenai bahaya sekularisme kepada kita.
nie la bapa sekular yang dah tumbangkan empayar
uthmaniyah.
Apa yang kita paham tentang sekularisme nie? Pernah dengar, tapi x tahu makna dan kesan-kesan sekularisme nie. Selalu kalau dengar sekularisme nie tentu ada terdetik dalam fikiran kita. Owhh…nie kerajaan Turki. Bukan ada dekat tempat kita..hahha…nie merupakan satu tanggapan yang boleh dikira sebagai songsang. Ya, memang benar Turki dahulu merupakan kerajaan sekularisme. Sapa yang tidak kenal bapa pemodenan turki. Mustafa Kamal al-Tartuk.. Dalam sejarah keruntuhan tamadun Islam, dialah yang bertanggungjawab dalam menghancurkan system khalifah yang diwarisi umat Islam semenjak Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
Baiklah, apa yang dimaksudkan dengan sekularisme nie?? Perkataan sekularisme berasal daripada bahasa latin yang bererti tiada agama atau duniawi, yang bermaksud perkara-perkara yang hanya melibatkan hal-hal dunia sahaja. Pemahaman ini tidak akan sesekali mengambil kepentingan hal –hal akhirat samada dalam urusan politik, ekonomi , social dan sebagainya. Bagi mereka, tiada perkaitan antara soal di dunia dan di akhirat. Pemisahan kedua-dua komponen yang penting ini telah membawa kepada kepincangan dalam kehidupan masyarakat hari ini.
pilih yang mana???
Jalan kebenaran itu pastinya ada.
Dalam sejarah, pemahaman ini menyelinap masuk semasa era penjajahan negara-negara barat ke dalam negara-negara timur yang umum mengetahui kebanyakan negara-negara timur merupakan dibawah pengaruh Islam. Siapa yang tidak mengetahui misi 3G,( gold, glory and gospel) yang merujuk kepada penguasaan kepada kekayaan, kebanggaan dan misi dakyah. Dan dari sini lah bermulanya pengaruh sekularisme dalam peradapan orang melayu Islam setelah penjajahan portugis ke atas Tanah Melayu. Portugis pada ketika itu merupakan salah satu negara imperalis yang besar selain dari sepanyol dan perancis. Keadaan penjajahan keatas negara-negara islam di timur menjadi semakin rancak setelah tercetusnya revolusi perindustrian ( industial revolution) dan disini peranan yang dimainkan oleh Inggeris dalam menakluki Tanah Melayu ketika itu setelah Tanah Melayu di kuasai oleh Portugis dan Holland. Misi mereka dalam menjahanamkan orang-orang Islam di lihat berjaya setelah melihat kondisi masyarakat pada hari ini baik dalam kalangan para pemimpin dan rakyat jelata. Sebenarnya penjajah-penjajah barat mengetahui bahawa amat sukar untuk mereka memesongkan akidah umat Islam jika mahu mengikut mereka meninggalkan Islam. Oleh itu wujud perancangan yang sangat licik dalam memesongkan akidah umat Islam melalui ideology-ideologi keparat ini. Dan semakin malang apabila orang Islam menerima pengaruh sekularisme ini dalam keadaan tidak sedar ( unconscious). Bersambung post yang akan datang….terima kasih…