Thursday 23 February 2012

sekularisme.



Dah lama rasanya tak post entry baru dalam blog nie…hahah….nak kata busy…x da la sangat…..Cuma semakinj hari semakin lemah kot…hahha…hari nie aku nak berkongsi  sedikit mengenai bahaya sekularisme kepada kita.
nie la bapa sekular yang dah tumbangkan empayar
uthmaniyah.
Apa yang kita paham tentang sekularisme nie? Pernah dengar, tapi x tahu makna dan kesan-kesan sekularisme nie. Selalu kalau dengar sekularisme nie tentu ada terdetik dalam fikiran kita. Owhh…nie kerajaan Turki. Bukan ada dekat tempat kita..hahha…nie merupakan satu tanggapan yang boleh dikira sebagai songsang. Ya, memang benar Turki dahulu merupakan kerajaan sekularisme. Sapa yang tidak kenal bapa pemodenan turki. Mustafa Kamal al-Tartuk.. Dalam sejarah keruntuhan tamadun Islam, dialah yang bertanggungjawab dalam menghancurkan system khalifah yang diwarisi umat Islam semenjak Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
Baiklah, apa yang dimaksudkan dengan sekularisme nie?? Perkataan sekularisme berasal daripada bahasa latin yang bererti tiada agama atau duniawi, yang bermaksud perkara-perkara yang hanya melibatkan hal-hal dunia sahaja. Pemahaman ini tidak akan sesekali mengambil kepentingan hal –hal akhirat samada dalam urusan politik, ekonomi , social dan sebagainya. Bagi mereka, tiada perkaitan antara soal di dunia dan di akhirat. Pemisahan kedua-dua komponen yang penting ini telah membawa kepada kepincangan dalam kehidupan masyarakat hari ini.
pilih yang mana???
Jalan kebenaran itu pastinya ada.
Dalam sejarah, pemahaman ini menyelinap masuk semasa era penjajahan negara-negara barat ke dalam negara-negara timur yang umum mengetahui kebanyakan negara-negara timur merupakan dibawah pengaruh Islam. Siapa yang tidak mengetahui misi 3G,( gold, glory and gospel) yang merujuk kepada penguasaan kepada kekayaan, kebanggaan dan misi dakyah. Dan dari sini lah bermulanya pengaruh sekularisme dalam peradapan orang melayu Islam setelah penjajahan portugis ke atas Tanah Melayu. Portugis pada ketika itu merupakan salah satu negara imperalis yang besar selain dari sepanyol dan perancis. Keadaan penjajahan keatas negara-negara islam di timur menjadi semakin rancak setelah tercetusnya revolusi perindustrian ( industial revolution) dan disini peranan yang dimainkan oleh Inggeris dalam menakluki Tanah Melayu ketika itu setelah Tanah Melayu di kuasai oleh Portugis dan Holland. Misi mereka dalam menjahanamkan orang-orang Islam di lihat berjaya setelah melihat kondisi masyarakat pada hari ini baik dalam kalangan para pemimpin dan rakyat jelata. Sebenarnya penjajah-penjajah barat mengetahui bahawa amat sukar untuk mereka memesongkan akidah umat Islam jika mahu mengikut mereka meninggalkan Islam. Oleh itu wujud perancangan yang sangat licik dalam memesongkan akidah umat Islam melalui ideology-ideologi keparat ini. Dan semakin malang apabila orang Islam menerima pengaruh sekularisme ini dalam keadaan tidak sedar ( unconscious). Bersambung post yang akan datang….terima kasih…

No comments:

Post a Comment